Jom ...SANTAI-SANTAI

 Haaa..... inilah situasi dalam kelas Sir Suhaimi kalau hangpa nak tau.... kena tulis guna loghat penanglah pulak.... segment pun santai-santai kan.... hehehe

ini kelas tingkatan 5KAA di smk datuk haji abdul kadir. belajaq kenalah santai-santai sikit...tak lah tension sangat.... dahlah susah...cikgu garang pulak tu....stress stress
 bebudak kadiaq ni memang best....depa ni sporting habis. kalau buat lawak mesti nak gelak... tapi kekadang tu buat lawak depa dok diam jer....heranlah jugak.

bila ditanya kenapa hangpa tak gelak....oooo rupanya depa tak tau yang itu lawak....so cikgu kena habaq yang ini adalah lawak...boleh gelak sekarang.....hehhe

gambaq sebelah ni nama Megat. susah nak cari budak cam ni..... dah jadi idola kat adik-adik kat sekolah ni.... dia ni batch 2 tahun yang lalu kot. tak ingatlah..... yg legendnya dia ni ialah cara dia pikiaq pasai  addmaths tu ....wow hebat. kekadang tu sampai sir pun tak tau nak jawab. bila sir jawab pulak.....dia sampai tak paham. sudah-sudahnya ikut hanglah megatttt......hehe janji hang bahagia.



Ini gambaq masa sir buat magic show sempena hari guru peringkat sekolah.....sekali-sekali tunjuklah bakat sikit kat bebudak kadiaq tu.....

bila sir buat satu kelainan ni.....wow..baguslah. menjadi ikutan para pelajar. depa pun nak terikut-ikut.  lepas daripada persembahan sir tu, dah ramai pelajar yang berani naik pentas buat persembahan.....kalau tidak depa ni penakut. lari bila kita tarik naik pentas. bila di bawah pentas depalah hero.....tak reti nak diam....heheh

sebagai guru ni kita kena ada pelbagai kebolehan. barulah hidup kita happy....taklah asyik nak stress dalam kelas



No comments:

Post a Comment