4.1 Persamaan Serentak melibatkan satu persamaan linear dan satu persamaan tak linear
Persamaan Serentak yang dipelajari dalam AddMaths adalah melibatkan satu persamaan linear dan satu persamaan tak linear.
Persoalan......
Di peringkat menengah rendah dulu, kita telah mempelajari konsep persamaan serentak bukan ? Konsep ini dipelajari lagi dalam AddMaths. Pasti ada bezanya....apakah perbezaannya ?
Bezanya ialah dulu kita belajar persamaan serentak melibatkan kedua-dua persamaan linear tetapi dalam AddMaths kita belajar persamaan serentak melibatkan persamaan linear dan tak linear. OK
Persoalan lagi ........
Bagaimana cara untuk kita kenal suatu persamaan itu linear atau tak linear ?
Ada dua ciri menunjukkan suatu persamaan itu tak linear.
Ciri pertama jika ada pembolehubah dalam persamaan itu yang berkuasa lain dari 1
Ciri kedua jika ada dalam persamaan itu pendaraban dua pemboleh ubah
Saksikan klip video oleh Cikgu Mohd Fikri Abdul Aziz yang dipetik dari Youtube berikut :
Klip Video Cikgu Mohd Fikri Abdul Aziz
No comments:
Post a Comment