Hai ! Salam perkenalan buat semua pembaca blog 'jom belajar AddMaths' bersama
Sir Suhaimi
Kenali Guru AddMaths anda
Sepanjang berkhidmat 21 tahun sebagai seorang guru, saya adalah guru bagi subjek Matematik Tambahan atau lebih popular dengan nama 'AddMaths'. Subjek addmaths merupakan satu subjek yang sering dianggap susah dalam kalangan pelajar. Memang ada benarnya juga sebab isikandungannya agak tinggi dari segi pemikiran para pelajar dalam peringkat umur mereka. Oleh yang demikian, saya tidak pernah jemu dalam mencari kaedah-kaedah serta pendekatan-pendekatan dalam pedagogi addmaths bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai.
Oleh yang demikian, sebagai salah satu daripada usaha yang sedang saya lakukan ialah dengan membangunkan blog pembelajaran ini. Sedikit sebanyak dapatlah saya membantu para pelajar untuk memahami konsep-konsep dalam addmaths. Bagi mana-mana pelajar yang sedang belajar melalui blog ini, bolehlah bertanya sebarang soalan dalam kotak 'comment'. Apapun untuk cemerlang dalam subjek ini, kita mesti kena rajin. Belajar secara konsisten. Jangan belajar last minute. Addmaths bukan subjek hafalan tetapi ia adalah subjek kemahiran.
Cikgu ucapkan 'Selamat Belajar'